Tuesday, 1 November 2011

:: Buat Partition Baru Dalam Windows ::

Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.
Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
  2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
  3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
    new-partition-02
  4. Klik Next pada paparan “Welcome to the New Partition Wizard”.
  5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.
    new-partition-03
  6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.
    new-partition-04
  7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.
    new-partition-05
  8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.
    new-partition-06
  9. Klik Finish dan proses format partition akan bermula.
    new-partition-07
Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.

::Scan Virus Sebelum Masuk Windows Dengan Avira::

avira-ico Sesetengah virus dalam Windows bertindak menghalang anda dari install antivirus seperti Kaspersky, Avira, Norton, dan sebagainya. Ada pula Windows yang tak dapat dibuka langsung akibat serangan virus seperti ini. Jadi, bagaimana nak buang semua virus ni kalau Windows pun tak boleh buka, dan antivirus pun tak dapat nak install?
Cara terbaik untuk membuang virus-virus tersebut adalah dengan menggunakan bootable CD. Dengan CD antivirus yang bootable, anda boleh scan komputer anda dengan antivirus sebelum Windows dimulakan lagi.
Avira memang terkenal dengan software antivirus yang bagus, dan kerap dikemaskini. Ia menyediakan bootable CD yang dipanggil sebagai Avira AntiVir Rescue System. Anda hanya perlu download Avira AntiVir Rescue System dan buka fail tersebut untuk burn ia ke dalam CD.
Setelah CD siap, anda boleh gunakannya pada mana-mana PC yang dijangkiti virus. Hanya hidupkan komputer dan terus masukkan CD Antivir ini, dan satu menu akan dipaparkan. Taipkan 2 dan tekan Enter untuk masuk ke dalam Antivir Rescue System.

avira-boot-01

Pilih English sebagai bahasa dan tunggu sehingga Antivir siap dibuka. Antivir Rescue System akan dipaparkan seperti di bawah.
avira-boot-02

Pilih Scan untuk mula memeriksa virus dalam komputer anda. Antivir akan menanyakan lagi beberapa pilihan, iaitu fail apa yang akan diperiksa, serta tindakan apa yang akan dilakukan terhadap fail yang telah dijangkiti virus. Buat pilihan ini mengikut kehendak anda, dan scan komputer sehingga habis.

::startnye keje sye ni::

Daisypath Friendship tickers