Wednesday, 2 November 2011

::mutiara kata yang indah ::

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Tuesday, 1 November 2011

::Shortcut Key Dalam Windows::

Dengan menggunakan shortcut key, kita dapat menjimatkan masa dengan melancarkan
arahan – arahan yang biasa digunakan, contohnya buka My Computer, lock komputer, dan macam – macam lagi.
Berikut merupakan senarai shortcut keys dalam Windows. “Win” adalah kekunci yang ada logo Windows tu.
Win + E Buka My Computer
Win + D Tunjukkan desktop (semua window yang dibuka akan minimize)
Win + M Minimize semua window yang dibuka
Win + F Buka Find
Win + Ctrl + F Buka Find Computers
Win + R Buka Run
Win + U Buka Utility Manager
Win + L Lock komputer
Win + Pause/Break Buka system properties
Win + F1 Buka Windows Help and Support
Win + Tab Tukar program yang berada di atas taskbar
Seterusnya…
Shortcut Key Fungsi
Alt + Tab Tukar program yang sedang dibuka.
Alt + Shift + Tab Sama seperti Alt + Tab, tetapi pilihan ke belakang
Alt + Double Click Buka properties bagi fail dan folder
Alt + Enter Buka properties bagi fail dan folder
Alt + Print Screen Print Screen bagi Windows yang aktif sahaja
Ctrl + Alt + Del Restart komputer atau buka Task Manager
Ctrl + Esc Klik pada Start menu
Alt + Esc Tukar program yang berada di atas taskbar
F1 Aktifkan help bagi program yang sedang dibuka
F2 Rename fail yang dipilih
F3 Buka Find
F4 Pilih drive di dalam My Computer atau sewaktu browse file
F5 Refresh
F10 Mengaktifkan menu bagi program yang sedag dibuka
Shift + F10 Right click pada kawasan yang dipilih
Alt + F4 Tutup program yang sedang dibuka
Ctrl + F4 Tutup window di dalam program yang sedang dibuka
Shift + Delete Buang fail tanpa melalui Recycle Bin

::startnye keje sye ni::

Daisypath Friendship tickers