Monday, 7 November 2011

::apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik??::

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Wednesday, 2 November 2011

::10 Software yang Mesti Ada Dalam Windows::

software kat bawah ni adalah software yang mesti aku install tiap kali lepas install Windows
  1. Opera: Web browser paling pantas di muka bumi, ’nuff said. Firefox is okay too, but I still prefer Opera.
  2. Launchy: Mesti ada!! Launchy memudahkan kita membuka program atau apa – apa fail di dalam PC hanya dengan menaip beberapa keyword je. Tak perlu lagi nak navigate Start menu untuk mencari program.
  3. Picasa: Photo Manager dari Google, Picasa boleh memaparkan semua foto di dalam komputer pada satu skrin. Picasa memudahkan kita mengurus, melihat, serta membuat basic editing pada foto. Picasa juga membolehkan kita mengubahsuai satu-satu gambar tanpa menjejaskan imej asal.
  4. DAEMON: Virtual CD-DVD-ROM Emulator. Dengan Daemon, korang boleh mount CD image kepada mana-mana drive.
  5. FreeCommander: Sangat memudahkan pengurusan fail. Korang tak payah guna Windows Explorer dah. FreeCommader mempunyai fungsi dual-pane, tabbed browsing, serta boleh membaca fail .zip dan .rar tanpa perlu extract.
  6. OpenOffice Suite: Macam Microsoft Office, tetapi percuma.
  7. 7-Zip: Menguruskan fail jenis zip, rar, serta menyokong banyak format lain. 7-Zip mempunyai tahap compression yang tinggi, terutamanya bagi fail jenis .7z
  8. TrueCypt: On-the-fly encryption. TrueCrypt menyulitkan data supaya tidak dapat dibaca oleh orang yang tidak berkenaan. Berbanding software yang lain, anda tidak perlu menunggu bagi proses encryption atau decryption (terutamanya bagi fail bersaiz besar) kerana proses tersebut dilakukan secara automatik, sebelum fail dibuka / disimpan.
  9. VirtualBox: VirtualBox membolehkan kita memasang OS yang lain di dalam Windows sebagai Guest OS.
  10. ImgBurn: Burn CD/DVD dengan mudah dan pantas. Pilihan yang lebih baik berbanding Nero yang bersaiz besar tetapi banyak function yang tidak digunakan.

::startnye keje sye ni::

Daisypath Friendship tickers