CD/DVD yang kotor akan menyebabkan kegagalan DVD/CD player untuk membaca data yang terdapat di dalam medium tersebut.Anda boleh membersihkan CD/DVD anda dengan pelbagai cara seperti menggunakan kain yang lembap,kapas, air, alkohol tetapi yang paling penting dalam membersihkan CD/DVD ialah jangan sekali-kali menggosok medium itu mengikut trak. Sila lihat ilustrasi di bawah untuk lebih jelas lagi.