Friday 28 October 2011

:: pergilah kepada DIA yang menghargaimu ::

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Adakalanya aku penat untuk memberi kerana tidak dihargai oleh seorang sahabat yang sangatku hargai. Aku benci pada diri yang terlalu mengharapkan penghargaan. Tidakku damba namun hati kecil ini tidak dapat aku nafikan. Aku penat, terlalu penat pada pengharapan yang aku tahu tidak ada penghujungnya. Aku tidak tahu kenapa ini berlaku sejak akhir-akhir ini. Sungguh sensitif diri ini aku dapat rasakan. Segalanya dalam kekabutan dan keserabutan.
Aku benci, sebenar-benarnya benci pada diri yang terlalu mengharapkan penghargaan daripadanya. Melihat facebooknya sahaja sudah mampu membuatkan aku berkecil dan bersedih hati kerana aku tahu ramai yang suka berkawan dengannya oleh sebab lemah lembut dan wajahnya yang menenangkan hati termasuklah hati aku. Sudah banyak kali aku katakan di post sebelum ini, wajahnya sangat memberi aku inspirasi kegembiraan untuk aku tersenyum andai dia fahami. Hmm~~
Kadang-kadang aku cemburu apabila ada yang lebih rapat dengannya yang lebih dia senangi apabila sahabat itu bersamanya kerana aku tidak dapat rapat serapat sahabat itu dengannya. Aku hanya mampu bermonolog,

1 comment:

::startnye keje sye ni::

Daisypath Friendship tickers